*Penawar Buat Si Bujang :
*
*Bila nak kawin???
*Di sini orang bertanya
*Di sana orang menyoal
*Tak kira teman mahu kenalan
*Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
*Begitulah nasib orang bujang
*Tak kira lelaki mahupun perempuan
*
*Bila nak kawin???
*Keluarga pun dah mula risau
*Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
*Si dara, ayah takut bergelar andalusia
*
*Bila nak kawin???
*Jiran turut sama menumpang tanya
*Bila dijawab jodoh belum ada
*Kata mereka, kita kenalah usaha
*Mandi bunga salah satu caranya
*Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)
*
*Bila nak kawin???
*Aduuuhh...aku disoal lagi
*Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
*Calon pun takde.
*Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
*Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
*
*(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)
*
*Bila nak kawin???
*Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa)
*Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
*Atau semudah membeli VCD cetak rompak
*Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)
*
*Bila nak kawin???
*Aaahhh....sungguh aku bosan
*Banyak yang lain boleh jadi persoalan
*Kenapa asyik itu yang dihadapkan
*Apa kita nak heran
*Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
*
*Bila nak kawin???
*Pada yang masih bujang
*Biarkanlah mereka terus bertanya
*Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
*Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
*
*Bila nak kawin???
*Pada yang asyik menanya
*Usah dirisaukan jodoh orang
*Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
*Lain orang lain rezekinya
*Syukurlah dengan apa yang kita ada.
*
*
*
*MORAL OF THE STORY: DONT ASK ME BILA NAK KAWEN!
No comments:
Post a Comment