Thursday, December 31, 2009

Jika Si Dia Bukan Milikmu

Setiap kali selepas solat, ada sepotong doa yang biasa dibaca yang bermaksud “Ya Allah, hidupkanlah aku/kami di dalam iman dan matikanlah aku/kami di dalam iman dan masukkanlah aku/kami ke Jannah bersama iman.”
Iman adalah penting. Pengeritan iman yang telah sedia kita ketahui adalah mempercayai kewujudan Allah yang Esa, kewujudan para malaikat sebagai para pegawai yang melaksanakan sistem tuhan, kewujudan kitab-kitab yang terdiri daripada firman-firman pencipta, kewujudan para Rasul sebagai utusan dan ketua manusia yang memberi peringatan dan amaran, juga mempercayai kewujudan Hari Kiamat, hari segala-galanya akan berakhir.
Namun, yang paling tidak dapat diterima ‘tanpa disedari’ oleh kebanyakkan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.
Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memajukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai kesemua rukun iman yang di atas. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.
BERIMAN DENGAN TAKDIRBukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”
Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.
Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.
Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.
AMAL DAN TAKDIRAmat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.
Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. “
Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.
Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.” Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.
* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), * Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).
* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya * Serta ia mendustakan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
{
Riwayat Bukhari}
BUKAN USAHA TETAPI DOASebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda “Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. ” {
Riwayat Tirmizi, hassan gharib}
Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitab”. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. ”
Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {
Riwayat Muslim}
Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.
ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIRMempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.
Semasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.
Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {
Riwayat Muslim}
Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?
KESIMPULANNYAPerbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.
Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman.

Monday, November 2, 2009

BUDAYA MENGUMPAT

Saya terfikir nak tulis pasal benda ni lepas melihat ‘aksi’ kawan saya dengan rakan dia bersembang last weekend. Saya baru sedar, mengumpat memang aktiviti yang cukup menyeronokkan, kalau tak percaya cubalah try. First saya akan cuba huraikan maksud mengumpat.

Mengumpat adalah bercerita keburukan orang lain dengan tidak mendatangkan faedah yang nyata kepada pencerita atau yang mendengar cerita.

Saya rasa itu adalah definition yang paling jelas dan tepat. Kalau dalam buku rujukan sekolah, selepas definisi mesti ada contoh, jadi untuk lebih mudah faham saya juga akan berikan sedikit contoh.

A seorang peniaga bernama Ah Chong.

B adalah kenalan kepada A.

C adalah kawan mereka berdua.

Jika B memberitahu A yang C adalah seorang yang susah mambayar hutang berdasarkan kisah-kisah yang pernah B alami, ini bukan mengumpat. Kerana informasi ini berguna kepada A agar berhati-hati semasa berurusan dengan C. Mungkin kita boleh namakan ia sebagai peringatan, pemberitahuan atau apa sahaja, but definitely bukan mengumpat. Kalau info itu tidak benar kita boleh namakan sebagai fitnah, but still bukan sejenis umpatan. Tetapi jika A yang bercerita kepada B kisah keburukan C, yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada B, confirm ianya ada umpatan. Fuh…! Contoh yang jelas lagi padat daripada saya.

Memang naluri manusia akan rasa seronok apabila orang lain mempunyai sifat yang lagi buruk dari kita. Ini membuatkan kita nampak baik, bagus dan berada di status yang lebih tinggi. Jadi untuk mencapai status itu kita akan cuba pastikan semua orang tahu akan keburukan orang lain. With the intention of making we look damn good. Bila saya bercerita pasal seorang rakan saya yang kena tangkap basah, in what ever sense pun, sort like bercerita akan kebaikan saya yang tidak terjerumus dalam gejala tidak sihat sebegitu. Jadi sebab utama manusia mengumpat adalah untuk membuatkan hati sendiri puas melihat keburukan orang lain dan untuk menampakan diri mereka bagus.

Ada juga alasan-alasan lain seperti, untuk menjadi iktibar, untuk melepaskan tension, untuk membuatkan semua orang peka dengan hal jiran tetangga atau rakan sekerja, untuk mengukuhkan pepatah ‘jaga tepi kain orang’ dan juga sekadar mengisi masa lapang. Apa alasan sekalipun aku tak nampak kebagusannya aktiviti mengumpat.

Ramai orang cakap mengumpat sinonim dengan kaum hawa. Eekkkk….! Damn wrong. Orang lelaki pun gila mengumpat. Cuma topic sahaja yang lain. Mungkin kaum ibu bercerita pasal rumah tangga jiran mereka yang porak peranda, tapi orang lelaki pula akan bercerita pasal kebodohan rakan mereka membeli kereta yang buruk atau pasal teman mereka dipermainkan oleh kekasih. Kita pusing belah manapun, ianya masih dikirakan mengumpat.

Kerana mengikut definisi aku diatas, sememangnya informasi sebegini tidak menguntung si pencerita atau yang mendengar cerita. Tetapi mengumpat memang seronok, ramai juga sering mengumpat di blog2. Sesetengah tulisan sekadar menceritakan keburukan orang lain. Mungkin beralasan untuk membuatkan rakan-rakan sedar atau sekadar berkongsi buah fikiran, tapi kadang-kadang memang niat utama adalah untuk mengaibkan pihak yang dibenci.

Dengan nama-nama canggih, istilah-istilah sophisticated yang diberikan, padahal mereka simply seorang yang suka MENGUMPAT. Tiada bezanya mereka ini dengan makcik-makcik zaman dulu yang mengumpat sambil membasuh kain di sungai atau pakcik-pakcik yang mengumpat di kedai-kedai kopi. So, kepada rakan-rakan disini. Cuba nilai diri sendiri adakah anda seorang pengumpat? Kalau rasa perlu diteruskan… suka hati korang lah. Saya stop sini,sebab dah pening. Bukan pening as konon-kononnya pening. But memang betul-betul sakit kepala. Tak tahu kenapa for past few days, pukul 4-5 petang saya akan mula pening kepala, sampai malam. Migrain…? Nahhh

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua

Saturday, October 31, 2009

released tension..


hr khamis on 29.10.09, kite ada final exam 1st paper, QMT. frankly speak, mmg kite da blajar dari A-Z..mental + fizikal mmg da sedia. masa start je exam tu, baca2 soklan..Ya Allah, apsal susah sgt exam ni? tak sangka time kite amik, soklan susah bagak..boleh la buat cuma tak pasti la betul ke dok..tanya punya tanya member yg lain, mmg lect tu ada banyak yg tak ajar kiteorg..seriously mmg bengkek ngan tension..da expexted da A tapi rasenye cam tak dapat je..tawakal je,usaha da buat..hmmm..masa waktu exam dr 2.15-5.15ptg, takde sape pun yg bgn dr tempat duduk..semua berpeluh je buat paper tu..hehehehe..



pastu hbs je exam, hujan lebat la pulak.,masing2 nak balik pun tergendala, so kiteorg pun g la minum kat sebelah dewan tu.Ali's Corner..sesi meluahkan tak puas hati pun bermula..kite asik ketawa je..mmg dorang ni otak giler2..besh besh..



hari ni, kite exam paper OPM pulak.ni pun satu, kite da baca baik punyer..confident sudahnye bile tengok exam paper, mak aih..nak nangis pun ada..almost 30minit kite duk belek2 kertas tu tanpa buat ape2..kecewa pun ada, tak banyak yg kite bc masuk..sudahnye guna common sense je..goreng je..nak berharap pun cam payah..tawakal je la..atleast da usaha..



next paper is on 14 nov..paper law. ni nak kena wat tol2..klu leh satu buku nak hafal..insyaallah. pas bis ni, kite MERDEKA!!! woohhoooo...nak enjoy :)



p/s: mesti keje berlambak atas meje..2hr tak masuk opis..hehe

Saturday, October 24, 2009

@ MANHATTAN FISH MARKET


semalam, jumaat 23.10.09 masa lunch, kite, zura & yus at first nak g makan pizza. then naiklah LRT (setelah brape tahun da tak naik LRT,kan..hehe) tujla le AMPANG PARK..anak dara berjalan 3 org sambil bergosip tgk org sekeliling..[itulah perempuan]..hehehe..sampai ampang park, tgk ramai giler umat..sambil nak g makan tu, sambil tgk baju..kasut..hehehe..masa nak otw ke Pizza, kena lalu Manhattan Fish Market, kiteorg ni sj la tgk menu..sekali tgk, sedap la pulak.terus tak jadi g Pizza, masuk MFM pulak..cepat tul kan tukar fikiran :) order punya order..sampai kekenyangan, siap bungkus bawa balik..hehe..





otw balik tu, sempat tau kite beli selipar ala2 terompah tu..hehe..[inilah perempuan]..huhu





apepun enjoy guys...

Friday, October 23, 2009

my RAYA 2009

asslamualaikum





dah brp bulan tak update blog..ada 2 sbb..1 sbb bz dengan kerja dan blajar, 2 sbb lupa password..hehe..





so far, tak ada apa sgt pun..life as usual..hmm cuma bz skit dgn blajar..komitmen penuh sikit skrg ni. hmm well, kite citer pasal raya k..Raya tahun ni kurang skit sbb papa still sakit, so balik kg. pun sekejap je. tapi tetap meriah klu kite balik kg.hehe..





raya still kat ipoh then fwd to batu pahat pulak..cuti seminggu tu yang jalan beraya tak hingat..huhu..apepun best :)





Tuesday, May 26, 2009

SAMBUNG BLAJAR..

assalamulaikum..
Selamat malam, hr ni hr selasa @ 9.15 pm
hmm tengah lepak2 depan tv tgk citer TV3 with my family..3 beranak jer pun..huhuhu

well, nak kongsi happy kite nih..kite dapat offer sambung blajar kat uitm shah alam. bulan 7 ni kite start. masa dapat tahu tu..seronok giler tau..mmg tak sabar nak sambung blajar..nak upgrade lagi skill kite..for future nanti jugak..kite amik pengajian luar kampus (PLK) so kelas akan start weekdays after opis hour..tengah pk, pas keje kena rush terus g shah alam..sempat ker?? insyaallah usaha kan tangga kejayaan..huhu

tadik kite jumpa bos besar kite, bgtahu yg kite dapat offer sambung blajar..die recommend suh kite transfer to Shah Alam Branch. aduiyai..terdiam jap kite depan die..dahla kite suka duk HQ..kite bgtahu bos kecik ngan kaawan2 kite, sumanye tak suka dengan cadangan die. suma suh kite stay kat sini...mmgla klu nak ikutkan cadangan die tu bagus..klu rushing pun waktu pagi je nak p kerja kat shah alam..sebab uitm tu dekat je ngan branch sana..hmm ntahla..buatnye die bg recommendation kat HR..camne ek? kite rase kite leh je ulang alik dr ofis..kena survey jalan la kan..huhu..

apepun, kite kena tunggu jadual dr UITM la..daftar 14.6.09 nih..so we'll see about it..

oklah, nak tgk tibi jap..nak main game pulak..bye
nite

Monday, May 18, 2009

MAKAN TIME @ BELLAMY ON 15.5.09


hr jumaat hr tu, actually the day before kak yus ade bgtahu yg die nak makan ikan bakar kat blakang istana tuh..so, kiteorg (yg perempuan je la kan) pun pakat2 la g sana masa time lunch tu. sib baik ade 5 org je perempuan kat sini..muat2 satu kereta...huhuhu..kuar betol2 kul 12.30 kan sampai sana kul 12.50..cepatkan?? tgk r sape yg bawak..hahahahaha..kat situ punya la ramai org makan..sib baik parking ada..kiteorg makan kat gerai no.3 rasenye..ade yang amik ikan terubuk..ikan pari..ikan kembung..dengan sotong..hmmm punye la sedap ditambah dengan cuaca yang panas..fuhhh bertambah selera makan sorang2..hahahaha

well, klu makan waktu peak hour, harga mmg tak berpatutan la kan..mahal gak la..sotong satu sampai RM15..tapi sib baik sedap..cuma pasni klu nak p lagi makan kat situ, p maka waktu malam..satu sbb tak ramai org pastu harga die 50% kurang dr harga masa peak hour..itu yg kawan kite bgtahu la..rupanye die p lagi malam sabtu tu ngan husband die..hmm kawan kite dah kempunan pulak..hai suzi, mengidam ek?? hehehehe




ape pun mmg best la..kuar reramai ni baru enjoy...see attachment klu nak tgk betapa sedapnye makanan2 tuh..hehehehe


that's all :)









next trip, dorang kate nak p makan steamboat pulak kat Nelayan retoran...oii korang tunggu gaji kuar dulu yer..huhuhuhu

Friday, May 8, 2009

munajat cinta

Malam ini ku sendiri,
tak ada yang menemani,
seperti malam-malam yang sudah.. sudah
Hati ini selalu sepi,
tak ada yang menghiasi,
seperti cinta ini,yang selalu pupus
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang baik hati,
yang mencintai aku,apa adanya
Mawar ini semakin layu,
tak ada yang memiliki,
seperti aku ini,
semakin..pupus

Tuesday, May 5, 2009

KENDURI KAHWIN









fuh, minggu lepas penat giler sebab tak habis2 attend kenduri kawin dr tengahari sampai ke malam pun ade lagik..dr hr kamis malam dr tempat kerja terus g putrajaya teman kawan baik (alin) yg nak kawin tu..tolong ape yg patut sampai hari jumaat petang (sian alin..tak dapat kite tgk nikah die on jumaat mlm)terus g dewan perdana felda attend kawan baik kite kawin gak jumaat malam tu..aduh nape dorang ni berebut je nak kawin tarikh yg same ?? yang penat nye kite...hahahahahaha...malam masa kat dewan felda tu, adelah jumpa ngan kawan2 lame masa blajar dulu..semuanye dah berbedar..rindu giler ngan dorang :) kemudian tu, hari sabtu g balik putrajaya..kenduri alin pulak..sib baik ade org temankan..dah tak larat nak drive :) konvoi ngan fifie sekali..sampai sana, pengantin baru nak berarak..hmmm kawan2 ku dah selamat kawin dah..tinggal kite nih je yg belum selamat..hehehehe..xpe2 ade nye rezeki t knkn??? masa je belum tiba lagi..huhu

pastu, ingatkan da selesai.. dah la hari jumaat tu kite mengalami kemalangan sikit..dah bbrapa hari baru rase sakit sgt..hari ahad tu pulak..mak kite ajak g kenduri kawin pulak kat dewan tabung haji..tak pergi kang, merajuk pulak..badan da letih gile dengan penyakit yg perempuan biase dapat datang pulak..aduh pergi jugak :) balik dah pukul 11mlm..esok nak kerja lagik.hmm

hari isnin tu kite MC..dah tak larat nak bangun..badan dah sengal2..huhu..g klinik pulak kat blakang umah tu macam hampes..dah la sakit2 ni..buka klinik kul 9 pagi tapi doktor dtg kul 11.30 pg pastu rehat kul 1 tghari..buka balik klinik kul 5 ptg..tak ke cam hampes!!! doktor tu kerja 1 jm setengah je..klu ye pun doktor kerajaan, hire la doktor mane2 duk kat klinik die..takde fungsi buka pagi2 klu yg jaga tu pun bukan nye bertauliah..pagi2 tu dah membebel kat pekerja die..lantaklah!! hahahaha..terpaksa g klinik kita kat desa pandan..tunggu pun lame gak la..tapi sib baik doktor baik :) balik makan ubat, terus tdo sampai kepetang..siap mimpi2 bukan2 lagi..huhu

hari ni baru masuk ofis..kerja dah menunggu..inilah dunia kerja..hehehe :)










Thursday, April 30, 2009

kucing kesayangan kite

gambar di atas adalah merupakan kucing2 kite yg kite sayang sgt...cuma gambar kucing yg takde telinga tu je bukan kucing kite..tapi comel sgt kucing tu kan??urrgghh geram!!!heehe..kite mmg sayang sgt dengan kucing2 nih..tak kire la kucing kat mane pun..kat umah org ke..tepi jalan ke..mesti kite excited..takde perasaan geli pun kat haiwan kesayangan Nabi ni. sesiapa yang takmo kucing tu ke, sekurang2nye bagi kat org takpun letak kat tempat yg senang nak die makan cth cam pasar ke..kedai makan ke..jgn anaiya kucing tak pun binatang lain, xpun jgn dera ..sebab haiwan2 ni la yg akan tolong kite masa kat alam lain..dorang ni dah tentu masuk syurga nye..cuma cicak je yg takleh..tul tak?? huhu


Sunday, April 19, 2009

PESTA BUKU PWTC

hari ni hr ahad, 19.4.09


bosan gla hr nih..kuar pun kejap je td g hanta adik kat puduraya..tak tahu nak kuar g mana..kawan2 suma bz ade yg nak uruskan kawin dorang bulan 5 nih..aduii.tinggallah hamba seorang..ngeh ngehngeh..dah la skrang ni tgh hujan..nak tdo??tak ngantok..ingat jap g nak g terapi la klu dah mmg tahap bosan..huhu
tv??takde cite menarik pulak..semalam g pwtc..kan ade pesta buku..hah amik ko..5 buku novel kite beli..kebetulan pulak penulis novel, Anis Ayuni ade kat situ...best gla dapat bertentang 4 mata ngan die..ape lagi, minta signature die la..kebetulan ade beli buku die..punyala ramai manusia membanjiri pesta buku tu..baguslah mungkin da sedar kot sbb klu ikut statistik dulu, org melayu hanya 30% je suka baca buku..mungkin masyarakat dah sedar kot tanpa pengetahuan tak leh g jauh..fakta tu..hehehe
novelis anis ayuni
buku terbaru anis ayuni - Sungguh aku cinta
sape yg minta baca novel. u shud buy one..cite die mmg best..kite dah ade semua buku2 cite anis ayuni and other novelis yg lain..dah boleh buka library dah..hahaha...itu la hobi kite..

Saturday, April 18, 2009

urgghh teruja betul!!haha





























1st april 09 kite dpt email dr HR..baca punya baca kn..name kite terselect dlm kursus yang akan diadakan starting 0n 4th april ni..kursus tu adalah kursus Pengurusan Kewangan Syariah..peghh bunyi gempak sgt..boleh jd perunding ni..ye la siap ade exam g..hahahaha..kite ingatkan kursus ni satu hari je rupanye setiap sabtu 2 kali sebulan sampai Ogos! wah..tu yg "TERUJA" sgt nih!! adui dui dui...tapi takpe, sume tu pengalaman dan blajar benda yg baru...ermmmm huhuhu.
















well, lani baru sekali kite attend class tu..sesi pagi, penceramah ok sgt..rupanye byk benda yg kite tak tahu pasal financial contoller nih. all this while kite bergelumur dengan riba'..aduh..hahaha..org tu ckp dosa riba' ni sama seperti 60 kali kite berzina (mcm tu la bunyi nye, klu tak silap kite)..mak aii...tak blh jadi nih..pastu sesi petang nye..aduh penceramah die buat kite satu benda pun tak phm ape yg die ckp..sib baik ade nota.hahaha..nanti kite follow up g k..so far, kursus tu ok la..pasni dah leh jadi perunding kewangan..hehehe
















bye..

Sunday, April 12, 2009

i was born in August

betul..betul..betul!! huhu


Loves to joke. Attractive. Suave and caring. Brave and fearless.Firm and has leadership qualities. Knows how to console others. Too generous and egoistic. Takes high pride of oneself. Thirsty for praises. Extraordinary spirit. Easily angered. Angry when provoked. Easily jealous. Observant. Careful and cautious. Thinks quickly. Independent thoughts. Loves to lead and to be led. Loves to dream. Talented in the arts, music and defense. Sensitive but not petty. Poor resistance against illnesses. Learns to relax. Hasty and trusty. Romantic. Loving and caring. Loves to make friends .

update

hai

tahun ni baru pertama kali nak tulis blog.takde masa langsung nak update.sibuk sgt kite ni.huhu.rindu jugak nak kemaskini dlm blog ni.
takde sgt pun cite yg interesting.dr bulan 1 sampai la ni.life banyak dihabiskan dengan kerja.dulu takde kerja sgt.boleh la nak suka suka.sekarang ni kerja tak menang tangan.sampai takde amik cuti pun..hr sabtu ade kursus pulak.rehat cuma 1 hari.doktor kate kite terlebih tekanan tu yg sampai sakit sakit.hehe
l

agi ape ye? hmm bulan 5 ni 2 kawan baik kite dah nak kawin.wa bestnye.bile la time kite ni kan?takpe takpe bagi dorang dulu.nanti akan sampai jugak.Insyaallah.tgh pikir ni nak bagi hadiah ape.nak beli kt mana.aduh.habis budget ku bln nih.hihihi.takpe2 nanti dapat balik kan?takde la memain je.harap dorang happily ever after la.

ok la sampai sini dulu.kekurangan idea la.ngantok pun ade.maklumla hujan kat sini.huhu.jumpa lagi.salam

Monday, February 23, 2009

kenapa mesti dikecewakan???

nak menyesali takdir?? rasanya saya tidak berhak..semuanya ditentukan olehNYA..tapi kenapa aku mesti melaluinya disaat hati sedang berbunga??? ntahla..mungkin belum tiba masanye kot..atau langsung tak tiba?? huh nauzubillah...apepun aku kena percaya dengan qada & qadarnya..Insyaallah aku percaya satu masa nanti...satu masa nanti!!

Hancur hatiku mengenang dikau
Menjadi keping-keping setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang
Yang pernah singgah antara kita
Masihkah ada sayang itu

Mungkin tak mungkin 'tuk terus bersama
Jalani semua cinta yang tlah dijalani
Tapi bila itu yang
Kau pikir yang terbaik untukmu
Bahagiaku untuk dirimu
Simpan sisa sisa cerita cinta berdua
Walau tak tersisa cerita cinta berdua

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku
Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku
Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu
Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku
Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku

aku yang tak pernah bisamelupakan dirinya yang kini hadir di antara kita

namun ku juga takan bisa menepis bayangmu yang
selama ini temanihidupku
maafkan aku menduakan cintamu berat rasa hatiku tinggalkan
dirinya dan demi waktu yang bergulir di samping mu maafkanlah diriku
sepenuh hatimu seandainya bila ku bisa memilih
kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
mungkin semua takkan seperti ini
dirimu dan dirinya kini ada di hati ku
membawa ku dalam ke hancuran

Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa telah ku serahkan
Menggenggam janji setiaku
Ku mohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cobalah sejenak mengerti
Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau
Menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga
Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi

Monday, February 16, 2009

cuti2 balik kampung






on the 13th feb, me n my family balik kg batu pahat..ade kenduri doa selamat la..kenduri cukur jambul & kenduri doa selamat..
seronok jugaklah...sebab suma ade :) tapi yg penat nye kite sorang yg drive dr kl - segamat (fetch adik ku) - muar terus ke batu pahat..penat giler..dah kematu pinggulku..huhuhuhuhuhu
tapi bile kite ade journey yg best, sumanye akan jadi best. :)
balik to kl on the 15th feb..journey yg sama jugak...sampai kl petang dah..esok nak keje..wah takde mood pulak nak keje..huhuhu
okla..tak tahu nak tulis ape lagi...tgk je la..

Friday, February 6, 2009

HANGOUT WITH MY BESTFRIEND





last weekend on the 2.2.09..i met Alin, who is my bestfriend ever..we hangout together on that day..only us..girls out :)

best sangat2..kiteorg plan nak tengok wayang..pergi mid valley penuh nye org..nak bt phone booking pun penuh..atlast pergi kat capsquare (jln dangwangi) nak tgk movie..kat situ mmg selesa klu nak tgk wayang..nak dating pun sesuai..ngeh ngeh ngeh...sampai kat sana mmg org nye boleh kire dengan jari tapi bile time nak slect movie..Ya Allah sumanye movie hindustan..huhu..takkan kiteorg nak tgk..takkan paham punye..dah frust da..atlast borak2 je la kat situ...cerita pasal life masing2..

@nite, kiteorg g ampang park survey baju kurung..takde yg berkenan la pulok..hehehe.. pastu my friend bf fetch her..leave me alone, my life continue as usual..huhuhuhu..but the nite was amazing la..tu je la my story at the moment..see ya

Sunday, January 25, 2009

KENAPA MASIH BELUM BERUMAHTANGGA?


Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam